THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Sunday, February 26, 2012

PENGAKUAN!

Salam. Terus terang aku rasa blog aku ni dah macam diari kedua aku. haha. Banyak juga benda yang aku kongsi kat sini tu semua apa yang aku rasa sepanjang hari. tapi bukan tiap2 hari aku tulis pun kan. haha (dah terserlah kesewelan). K, sepanjang hidup aku dah macam dugaan aku dha lalui. Ada yang aku boleh terima terus dan ada yang aku perlukan masa untuk terima kenyatan. Sekarang aku dah boleh kenyataan kalau umur aku tak panjang lagi. Banyak benda yang aku fikirkan. Aku rasa aku dah banyak beban kan mak ayah dengan penyakit yang aku ada. Kalau memang tak boleh nak dikenal pasti lagi aku terima dengan redha sekiranya benar segala mimpi2 aku yang menyatakan masa dah nak tiba. haha. Janji aku dah tak perlu susahkan orang lain. haha. Ala, sakit sikit je aku boleh tahan lagi. haha. Ni yang aku selalu ucapkan sebelum tidur. Jadi aku nak menikmati segala yang ada kat dunia mana la tahu umur dah tak panjang. Ingat mati kan wajib. Cuma untuk memperingatkan diri saja. Segala nya terserah kepada Allah s.w.t :)

Wednesday, February 22, 2012

ANGAN!

Sebenarnya aku ni jenis yang suka berangan. so macam2 benda la yang aku angan kan. Tapi angan yang aku nak sangat jadi realiti macam aku nak jadi penyanyi tak pun pelakon. kelakar kan...(hahaha). Tapi aku ni tak adalah nak pergi mana2 audition. sebab bagi aku ni angan yang tak kan tercapai. Dah tajuk pun angan kan. tapi kalau jadi kenyataan aku akan hargai sangat2. huh.

Monday, February 20, 2012

;(

Dalam hidup aku,banyak benda yang aku takutkan. Ketakutan yang teramat sangat ialah berita kematian nenek aku. Terus terang aku cakap aku memang tak dapat terima kenyataan kalau aku dapat terima berita ni.Aku terlalu sayangkan nenek aku.Aku jenis tak suka dipeluk dan memeluk orang kecuali nenek aku.Mak ayah aku pun aku tak benarkan diorang peluk aku.Selalu juga la mak ayah aku tanya kenapa kalau nenek peluk atau cium jiya, jiya tak tolak macam kau buat kat kitorang. Aku tak pernah jawab sebab aku tahu diorang dah tahu jawapannya cuma saja nak dengar dari aku sendiri. Kalau nak tahu sebabnya.. Yang bela aku dari kecil sampai aku dah boleh jalan ialah nenek aku. Sebab tu aku tak kesah dia nak peluk or cium aku. Tapi mak ayah aku, aku tak boleh terima sebab dalam hati aku masih marah dengan diorang sebab tak nak jaga aku macam mana diorang jaga adik aku. Aku kadang2 rasa sedih bila ingatkan balik. Tapi aku sayang diorang juga cuma tak sama macam mana aku sayang nenek aku. Kalau apa2 yang terjadi dekat nenek aku mesti aku akan jadi macam orang yang tak ada hala tuju. Aku memang susah terima kenyataan. Sampai aku pernah cakap dekat salah seorang kawan aku,kalau nenek aku mati aku pun akan mati.Bagi aku hidup aku dah bermakna dah kalau dia tak ada.Sekarang aku mampu lawan penyakit aku tapi kalau dia dah tak ada aku tak akan bertarung lagi untuk teruskan kehidupan. Jadi apa2 pun biarla aku yang pergi dulu bukan nya dia. Aku tak nak dia rasa terseksa di kubur nanti.