THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Friday, December 23, 2011

ALHAMDULILLAH!

Post kali ni tentang Giga La Moda..

Giga La Moda?? Apakah??
Aku nak bagitahu la ni..Ok..Giga La Moda,ni la page aku kat fb aka business aku secara online..hehehehe
Kenapa Alhamdulillah?
Alhamdulillah sebab page ni dah mula kan perniagaan. Alhamdulillah gak sebab setiap hari ada je orang like page aku..sekarang dah 22 orang like.Jumlah sikit tapi alhamdulillah makna nya ada orang yang view page aku dan berminat la kan..hehehe..walaupun tak ada yang order lagi tapi dah ada orang yang tanya2 pasal barang kat situ and ada juga yang puji..Syukurlah harap satu hari nanti adalah customer tetap. Setiap pekara yang kita lakukan dengan niat yang baik pasti akan dapat ganjaran nya satu hari nanti.
Aku selalu doa agar perniagaan aku tak ada masalah yang serius yang penting aku perlu pandai tackle pelanggan. :)

Friday, December 16, 2011

PERKEMBANGAN!

Ok. Perniagaan on-line aku still in progress. Baru je buat page, bukan la baru sangat. Kalau tak salah aku, page tu aku buat 12 December 2011. Aku suka date ni. Kalau korang nak tahu apa page aku boleh la search kat Facebook. Nama page tu Giga La Moda. Barang2 aku tak murah sangat sebab tu harga yang aku dapat dari supplier. Ingatkan nak mark-up lebih, bila tengok harga postage yang di tetapkan takut lak aku nak letak mark up lebih. Aku tahu perangai orang Malaysia. So,aku letak harga yang berpatutan dengan condition baju tu la. Kalau orang nak cakap mahal lantak la. Dapat dari supplier pun dah mahal. Macam mana nak murah kan. Mahu lingkup aku. Setakat ni boleh la letak harga murah nanti bulan depan page tu officially dah ada dua owner so kena mark-up lebih sikit. Harap customer aku tak marah2 la. Paling aku berharap sangat apa yang aku buat ni tak ganggu pelajaran aku dan mampu meringankan beban ibu bapa aku. Aku buat semua ni sebab diaorang aku tak nak lah diaorag rasa terbeban sebab tahun depan adik aku masuk Universiti pula. Mesti banyak nak pakai duit. Bila aku dah ada duit belanja sendiri diaorang tak la risau sangat. Lagipun dah tiba masa aku hidup berdikari. Walaupun ayah aku tak setuju dengan apa yang aku buat ni. Tapi nanti balik aku akan terangkan kat dia. Selagi aku rasa tak terbeban dan aku mampu aku tetap akan teruskan apa yang aku nak buat ni. Harap setiap perkara yang aku buat dengan niat yang baik akan di redha oleh-NYA.. AMINN.. I LOVE MY FAMILY!

Sunday, December 11, 2011

ON-LINE BUSINESS!

Sekarang ni aku baru nak berjinak-jinak dalam dunia perniagaan secara on-line. Nak cari duit tambahan.Al-maklumlah tahun depan adik aku dah nak mula belajar. Takut menyusahkan mak aku pula. Dah memang sepatut nya aku hidup berdikari sekarang. Umur pun dah 19 kan. Aku rasa kerja secara on-line ni je la yang tak ganggu jadual belajar aku. Aku harap sangat aku berjaga dalam percubaan pertama aku. Tengah mencari supplier yang memang memerlukan re-seller. Aku nak jual aksesori wanita,shawl dan tudung. Dah 2 hari aku cari supplier tapi semua tak boleh bagi harga murah sedikit. Nanti kalau aku dah mark-up takut tak ada orang nak beli je. huhu :'( Susah juga nak cari duit kan.

P/s :Kalau ada supplier yang terbaca post ni dan nak hire saya sebagai re-seller. You can contact me at jiehamanap_92@yahoo.com. I'm only find for serious supplier. Thank you.



Wednesday, December 7, 2011

SYUKUR!!

Secara jujur aku ni kadang2 adalah antara kaum yang tak tahu nak bersyukur dengan nikmat yang di beri. Bila dah di timpa masalah baru nak rasa menyesal sebab tak bersyukur dengan nikmat yang di berikan sebelum ni. Aku cuba untuk tanamkan sifat yang mudah bersyukur dengan nikmat yang di beri tak nak la jadi hamba yang takbur. Aku malu sangat dengan diri aku,kawan2 dan yang paling aku malu ialah Allah. Apalah nak jadi dengan aku ni. Aku harap aku akan berubah dan sentiasa terima suratan hidup aku dengan ikhlas dan bersyukur dengan keistimewaan yang aku ada dan setiap kelemahan yang aku ada aku kenalah berusaha untuk mengatasinya bukan untuk menunjuk atau menjadi manusia yang sempurna . Setiap manusia tidak sempurna tetapi kita kena lah memperbaiki kelemahan yang kita ada. Itu lah cabaran yang perlu kita lalui untuk mendapat kan keredhaan daripada-NYA. :)

Sunday, December 4, 2011

SAYANG!!

Makin aku kenal dia makin aku sayang dengan dia.Aku tak peduli dengan kata-kata orang yang tak suka dengan persahabatan kami.Dia banyak mengajar aku benda baru dalam hidup ini.Bukan nak puji melambung-lambung tapi ini la kenyataan.Walaupun orang cakap dia macam macam tapi aku tak kisah semua tu,apa yang aku tahu,aku bahagia bila berkawan dengan dia.Aku bukan nak mengungkit,tapi dia bukan seperti mereka.I'm sorry if I have to say this,but she is way much better than them.Dia banyak mengajar aku erti kehidupan,bagaimana ingin survive dan banyak memberi aku nasihat yang sememangnya amat berguna.Dan yang paling penting,dia FAHAM aku.seriously,dia memang faham aku.Kami berdua sudah seperti adik beradik dan ya,aku akui,dialah kakak aku sekarang ni.Kak Long aku.How grateful I am.Aku ni semenjak dah ada kak long,English aku semakin improve.Dia banyak mengajar aku.Thanks Kak Long.Bersyukur sangat.Dah berapa bulan ni,aku selalu mendekati Kak Long dengan harapan aku dapat faham dia dengan lebih mendalam lagi.Aku tak nak jadi macam yang lepas.Aku menyesal,dan tak nak perkara ini belaku kembali.aku mahu sahabat sejati.Sahabat sejati seperti dia.InsyaAllah.Ya Allah,aku doa kepada Mu agar kau kekalkan persahabatan ini sehingga ke akhirnya.  :')