THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Saturday, October 22, 2011

THE WANTED

Ini kali pertama aku betul-betul minat dengan "Boy Band".The Wanted adalah sebuah kumpulan yang mempunyai 5 orang ahli.Mereka adalah Max,Tom,Nathan,Siva dan Jay.Aku suka sangat dengan kumpulan ini sebab mereka menggunakan semua kelebihan yang ada dalam setiap ahli kumpulan mereka untuk jadikan lagu mereka sedap di dengar.Kelebihan kumpulan ini setiap ahli kumpulan ada hari untuk mereka sebagai contoh Siva Saturday.Untuk kumpulan mereka pula Hari Wednesday.Kalau kita bukan page mereka pada hari tersebut kita akan dapat lihat peminat-peminat mereka akan cakap "its Siva Saturday..Wohoo"..Aku paling suka WantedWednesday sebab peminat boleh tanya soalan kepada setiap ahli kumpulan ikut minggu la..Sebagai contoh Max On Nathan,jadi Max akan ajukan soalan kepada Nathan berdasarkan soalan peminat..Seronok kan!!!Ahli kumpulan ini semua yang gila-gila..Kalau yang suka buat lawak dalam kumpulan ini ialah Jay..Kamu mesti tergelak punya dengar semua lawak dia..Tapi apa-apa pun aku memang suka dengan semua ahli kumpulan ini..Alamk.Terlupa hendak beritahu mereka ini kumpulan dari London..Pengurus mereka ialah Jayne..Lagu mereka yang aku suka ialah "Glad you came","Lightning","All time low","Lose my mind","Heart vacancy" dan "Gold forever"..

Ini Tom..


Siva

Jay

Nathan

Max
Jayne Manager mereka
P/S: Bilalah mereka nak datang Malaysia.? :(

NAREESHA MCCAFFREY

Post kali ini untuk memperkenalkan pereka kasut yang aku suka dan minat.Dia ini pereka kasut di London.Kasut rekaannya berkonsepkan "Kasut Mewah"(memang nampak mewah..tak tipu punya).Rekaannya berjenama Crisian and Mccaffrey(tengok lah page mereka di facebook).Crisian and Mccaffrey adalah gabungan dua tenaga iaitu Nareesha dan Crisian.Aku amat meminati setiap rekaan mereka.Rekaan mereka sangat unik,idea yang baru dan sangat sesuai untuk dipakai untuk pergi kerja juga.Kalau tak salah aku mereka ini adalah pereka kasut yang terbaru disana.Kebanyakan artis disana memilih kasut rekaan mereka untuk buat video macam Lady Gaga dan ada juga yang gunakan rekaan mereka untuk photoshot.Uniknya rekaan mereka ini di tapak setiap rekaan mereka mesti mempunyai logo seakan-akan butang berwarna emas.Tumit kasut mereka sangat unik ada yang seakan-akan cone.Ketinggian setiap tumit kasut mereka dalam lingkungan 6 inci,aku memang la suka kasut yang tinggi-tinggi sebab aku rendah...hehehe..


Ini adalah rekaan mereka yang terbaru..

Aku sangat suka dengan rekaan ini sebab lain dari yang lain dan nampak sangat unik.

Ini juga antara rekaan yang sangat aku suka...unik dan  idea yang baru..
Boot ini juga saya suka..:)

Inilah Crisian Dan Nareesha...<3
P/S:Kalau lah aku tinggal di sana dan sudah bekerja mesti aku akan beli semua kasut rekaan mereka dan ada kan satu almari khas untuk simpan kasut mereka...:)..

Wednesday, October 19, 2011

LIFE IS SHORT

Takut kan tengok tajuk post ini..hehehe...sebenarnya aku suka sangat dengan kata-kata ini..ia mempunyai banyak maksud tersirat dan tersurat..ia sentiasa mengingat kan aku untuk melakukan ibadah yang wajib dan sunat untuk bekalan akhirat kelak..bukan setakat amal ibadah malah kita sentiasa berbuat baik sesama manusia,alam dan makhluk ciptaan NYA yang lain..amal yang ini lah paling susah untuk aku laksanakan..sebab kadang-kadang kita ini ada perasaan hasad dengki,iri hati dan macam-macam 'penyakit hati' yang lain..biasa lah kita ini manusia yang lemah...tapi ini bukan bermakna kita boleh gunakannya sebagai alasan untuk kita elakkan diri kita untuk merubah diri kita..
manusia...kadang-kadang kita berbuat baik dengan mereka dengan ikhlas tapi mereka menganggap kita mepunyai agenda tersembunyi..ini lah lumrah kehidupan..sepatutnya kita perlulah bersyukur dengan kebaikan yang dilakukan oleh dia..mulai sekrang aku akan cuba untuk buang perasaan buruk sangka terhadap orang lain dan cuba elakkan diri daripada iri hati tak tentu fasal dengan orang lain...aku doakan semua umat islam pun dapat elakkan semua 'penyakit hati' ini...aminn...

Thursday, October 13, 2011

RINDU KAMU!!!




Hai semua ahli GBS(Geng Budak Spek)...aku betul-betul rindu dengan kamu semua...bilalah kita dapat berkumpul berlima-lima lagi??Walaupun kita banyak melalui perkara-perkara yang boleh memecah belahkan kita tapi kita masih lagi bersatu...diantara kita aku lah seorang ahli yang banyak membuat masalh..aku mintak maaf sangat dengan segala kesalahan aku..hmm..aku rindu hendak gelak,dengar nasihat dan teguran kamu semua kepada aku dan cerita suka duka kamu semua..hehehe..sekarang aku dah berubah sedikit demi sedikit ini semua atas segala teguran kamu semua terhadap aku..aku akan sentiasa doa kan kebahagian kamu semua..Rindu sangat dengan kamu!!!

Tuesday, October 11, 2011

PUNAH!!!

Ya Allah...Makin rumit keadaan di buatnya...

Sebenarnya macam ini...Aku baru sahaja buat keputusan aku tak kerja dan tak nak balik kampung...
Baru hendak yakin dengan keputusan aku...
Tiba-tiba, jam 9:43 p.m bekas majikan aku telefon aku tanya kenapa aku tolak tawaran kerja dia...
Kemudian aku jawab aku rasa tak berbaloi kerja 3 minggu sahaja dan aku rasa penat..
Kemudian dia tawar kerja yang tak penat dengan aku iaitu "promoter" dalam bahasa melayu kalau tak salah aku penganjur...huh...makin rumit di buatnya....macam mana ini...bekas majikan aku macam nak sangat aku kerja dengan dia...aku bukan nya nak tolak tuah dan tak sudi hendak tolong dia tapi aku takut orang lain akan salah tafsir dengan keakraban aku dengan majikan aku...
Macam sebelum ini aku dengar ada orang cakap aku ini "anak emas"...
Aku tak suka lah...aku cuma lakukan kerja seperti yang majikan aku hendak..salah ke???dan salh ke aku layan ayah majikan aku bila datang ke tempat kerja??dia orang tua dan aku hormat dia..dan aku tahu dia adalah majikan aku yang sebenar nya..aku bukan nak dia sayang aku..tapi mak aku yang pesan jangan buat masalah di tempat kerja..dan aku layan semua orang dan hormat yang tua..tapi biasa lah orang melayu ini ada P.H.D. hendak atau tak hendak aku kena terima..tapi aku memang sangat berkeciik hati dengan pekerja di situ..
Tapi aku berpegang dengan kepercayaan aku..setiap kejahatan yang kita lakukan kepada orang lain suatu hari nanti kita akan dapat kembali yang kita lakukan...hidup kita ini umpama roda..Biar sekarang aku di duga tapi suatu hari nanti aku akan jadi manusia yang paling bahagia di dunia ini...

p/s: alamak apa sudah jadi..lain nak cerita lain pula aku tulis...hehehe..sebenar nya nak kongsi apa yang aku alami selama hari ini..jadi kan pedoman dan peringatan kepada kawan dan para pembaca..(macam ada yang baca pula) :)

Monday, October 10, 2011

SEm 3..

Selamat tinggal Sem 3...hehehe..

Akan bermula lah kehidupan Universiti aku dengan Sem4...
Aku baru sahaja habis peperiksaan akhir untuk Sem 3...
Harap sangat keputusan aku baik lah...
Tak nak lah ada matapelajaran yang perlu di ulang..(Tak Nak!!!)
Hmmm...Cuti kali ini panjang sikit daripada yang sebelum ini..(yea!!!cuti!!!cuti!!!)
Tapi aku dalam delima lah..aku dapat tawaran kerja(tak pergi temu duga pun..bagus kan???)
Balik semula pada cerita dapat tawaran kerja..hmmm..Tapi tak tahu lah nak terima ke tak...????
Kemudian, aku pula rasa macam nak balik kampung jaga nenek aku...
Kampung di johor...huh!!aku pula sudah janji dengan kawan aku hendak jumpa cuti ini...
Macam mana ya...kita tunggu esok lah...Malam ini hendak fikir masak-masak..
Baiklah Selamat Tinggal...Jumpa esok..

P/s: mulai hari ini aku hendak tulis ejaan bahasa melayu dengan betul..insya-allah...